Mohamad Dziauddin.

GEORGE TOWN – Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) akan mengadakan sesi libat urus bersama pengetua dan guru besar sekolah di negeri ini hari ini bagi menjelaskan tindakan yang perlu diambil dalam menangani situasi jerebu.

Pengarah JPNPP, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, sesi berkenaan diadakan susulan situasi jerebu yang melanda sebahagian negeri ini, namun keadaan di sekolah ketika ini masih terkawal.

Beliau berkata, pihak sekolah telah dimaklumkan mengenai situasi semasa jerebu dan tindakan yang perlu diambil adalah berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Menerusi pekeliling itu, arahan dikeluarkan bagi mengehadkan aktiviti fizikal di kawasan terbuka, kekal hidrasi dan berpakaian sesuai.

“Ibu bapa juga diminta memastikan anak mereka dibekalkan dengan pelitup muka dan air yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) setakat jam 6 petang tengah hari semalam menunjukkan stesen USM Minden merekodkan bacaan 107, diikuti Seberang Jaya (95), Seberang Perai (94) dan Balik Pulau (89).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here