Sebuah beg pakaian yang berisi mayat ditemui terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini hari ini. Foto Tular

KUALA KANGSAR – Orang awam dikejutkan dengan penemuan sebuah beg pakaian berisi mayat selepas ditemui terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini hari ini.

Difahamkan, mayat dipercayai seorang wanita itu ditemukan orang awam yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat itu sekitar 4 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan pihak polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai.

“Bagaimanapun, anggota bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini anggota bomba masih melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here