TEHRAN – Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Undang-undang dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi menegaskan bahawa Iran masih mempunyai kuasa ke atas laluan perairan strategik tersebut.
Kenyataan tegas itu sekali gus menolak dakwaan Presiden Donald Trump bahawa Selat Hormuz dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Gharibabadi berkata, kapal pengangkut pesawat, arahan rasmi atau ucapan kempen tidak mampu membuka Selat Hormuz.
Beliau menambah, Iran tidak akan gentar dengan ancaman atau pertunjukan kekuatan ketenteraan.
Dalam satu hantaran di X, Gharibabadi menjawab dakwaan Trump bahawa AS mungkin tidak lama lagi mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS selepas mendakwa Iran kalah dalam peperangan.
Gharibabadi berkata, laluan perairan strategik itu milik Iran, kekal milik Iran dan akan terus menjadi milik Iran, sambil berhujah bahawa selat tersebut hanya boleh ditutup atau dibuka semula atas arahan Iran.
Beliau turut berkata, Iran akan terus mengenakan sekatan selagi AS gagal mengakui kekalahan strategiknya dan terus membuat dakwaan yang bersifat delusi. – Agensi
















