KUALA LUMPUR – Sebuah inap desa jenis tidak kekal di Pangkalan Bay, Semporna, Sabah musnah dalam kebakaran malam tadi.
Komander Operasi, PBK II Nazir Korong berkata, kejadian berlaku pada jam 10.47 malam melibatkan kemusnahan 100 peratus inap desa berkeluasan kira-kira 20 x 20 kaki itu.
“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air daripada jentera.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya menerusi kenyataan.
Menurutnya,, operasi pemadaman terkawal pada jam 11.20 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.36 malam selepas pemeriksaan mendapati tiada lagi bahaya di lokasi.
Beliau berkata, seramai sembilan anggota BBP Semporna terlibat dalam operasi berkenaan membabitkan FRT-1 seramai empat anggota, CFRT-1 tiga anggota dan EMRS-1 dua anggota.
Turut berada di lokasi ialah lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). – MalaysiaGazette
















