Ketua Pemuda MCA Kuantan, August Teh (kanan) menerima penyertaan seorang anak muda daripada parti DAP

KUANTAN – Semakin ramai golongan muda dikatakan cenderung beralih menyertai Pemuda MCA daripada DAP di Kuantan.

Ketua Pemuda MCA Kuantan, August Teh berkata, beliau menerima tiga lagi permohonan daripada bekas ahli DAP yang mahu menyertai pergerakan Pemuda MCA Kuantan dalam tempoh dua hari ini.

“MCA Kuantan bukan sekadar menyaksikan pertambahan ahli, tetapi menyaksikan perubahan keyakinan anak muda terhadap perjuangan politik yang lebih dekat dengan rakyat.

“Perpindahan ini membuktikan bahawa anak muda tidak terikat dengan label atau propaganda politik. Mereka berhak menilai sendiri siapa yang benar-benar turun padang, mendengar suara rakyat dan bekerja untuk masyarakat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Meskipun teruja dengan perkembangan terkini itu, beliau mahu Pemuda MCA terus berada di lapangan, bersama peniaga, golongan muda, keluarga dan masyarakat setempat untuk menyantuni keperluan rakyat.

Katanya, pintu Pemuda MCA Kuantan sentiasa terbuka bagi anak-anak muda di daerah ini yang mahu melihat politik yang lebih matang, berani dan berorientasikan khidmat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here