Tular sebuah kilang dalam kawasan perindustrian di Kulai memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik

KULAI – Polis menahan seorang lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan kerana terlibat memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang alat ganti di Pusat Perindustrian Indahpura di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, suspek merupakan seorang lelaki warga Nepal berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala wanita pula warga tempat berusia 48 tahun.

“Mereka ditahan pada pukul 10.45 pagi selepas menerima laporan kejadian tersebut. Siasatan awal mendapati pengawal keselamatan berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab menggantung kedua-dua bendera berkenaan manakala wanita itu berperanan menyerahkan dan mengarahkan pemasangan kedua-dua bendera itu.

Penguat Kuasa MPKu menutup serta merta sebuah kilang alat ganti kerana memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 (Pindaan 2017), Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955, Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pegawal keselamatan warga Nepal itu turut akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan kedua-dua tahanan dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 21 Ogos, katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kenyataan berbaur provokasi berkaitan isu tersebut melalui mana-mana platform media sosial.

Pihak MPKu mengeluarkan notis penutupan sementara sebuah kilang kerana memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik

Terdahulu tular foto memaparkan Jalur Gemilang dan bendera Johor dipasang secara terbalik depan kilang itu hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Susulan itu Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta merta operasi kilang berkenaan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dilaporkan berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan pihak pengurusan syarikat bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian yang menjejaskan simbol kedaulatan dan maruah negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here