Barisan AJK yang hadir Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-49 bagi sesi 2025–2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kita (PEKAP) berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-49 bagi sesi 2025–2026 yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian di sini pada Ahad lalu.

Majlis yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para ahli itu menjadi platform terbaik buat mereka dalam mengemukakan idea serta pandangan membina demi kemajuan persatuan.

Suasana mesyuarat turut diserikan dengan pengumuman berita gembira mengenai kelulusan pindaan perlembagaan persatuan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Antara yang hadir Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-49 bagi sesi 2025–2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Presiden PEKAP, Datuk Azman Shah Abdullah dalam ucapannya memaklumkan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan persatuan tersebut sejak dilahirkan pada tahun 1966.

Sempena sambutan Jubli Intan itu, PEKAP bakal menganjurkan Majlis Makan Malam Pahang.

Pihak persatuan turut menjunjung kasih atas kesudian Sultan Pahang selaku Penaung PEKAP yang berkenan untuk berangkat hadir ke majlis itu nanti, kata PEKAP dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Azman Shah turut menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga bertindak sebagai Penasihat PEKAP atas sokongan berterusan dalam menjayakan pelbagai aktiviti persatuan.

Pada majlis yang sama, moto persatuan yang diilhamkan oleh Presiden, iaitu ‘Kebajikan Didahulukan, Perpaduan Diutamakan’ yang turut membawa mesej yang signifikan buat seluruh warga persatuan dalam memperkukuh ukhuwah.

Kejayaan penganjuran itu jelas mencerminkan semangat berpasukan dan nilai persaudaraan yang tinggi yang menjadi teras kekuatan PEKAP.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menilai pencapaian persatuan, memperkukuh tadbir urus serta merancang hala tuju PEKAP demi kepentingan dan kebajikan anak-anak Pahang di ibu kota.

“Dengan semangat kebersamaan dan komitmen seluruh ahli, insya-Allah PEKAP akan terus maju sebagai sebuah NGO yang aktif, berintegriti dan sentiasa prihatin terhadap masyarakat,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here