Tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan bersama 627 liter air ketum dan 160 kilogram daun ketum dalam tiga operasi berasingan di sekitar Kuantan, Isnin lalu.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, operasi menerusi Op Taring Mitra itu dijalankan antara jam 4.30 petang hingga 11 malam.















