Dua banduan yang sedang menjalani Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) antara tiga lelaki dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini kerana menceroboh sebuah rumah milik seorang wanita, minggu lalu.
Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal menjatuhkan hukuman itu terhadap banduan terbabit, Zainudin Chik Ani, 46 tahun dan Azizan Osman, 46 tahun, selepas mengaku bersalah.















