Ketua Pembangkang yang juga ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria ketika sidang media pada Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria terkejut dengan keputusan Mohamad Hamidi Baharuddin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak.

Razman berkata, jawatan berkenaan mempunyai kedudukan penting dalam pentadbiran negeri, justeru peletakan jawatan yang dibuat secara agak tiba-tiba menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

“Saya amat terkejut menerima berita peletakan jawatan Saudara Mohamad Hamidi Baharuddin sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, satu jawatan yang cukup penting dan mempunyai kedudukan besar dalam pentadbiran negeri.

“Lebih mengejutkan apabila keputusan tersebut dibuat secara agak tiba-tiba dengan faktor kesihatan dinyatakan sebagai sebab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Razman berkata, semua pihak wajar memberi ruang kepada pihak berkenaan untuk memberikan penjelasan sekiranya diperlukan berhubung perkembangan itu.

“Apa pun keadaan yang sedang dilalui, saya mendoakan semoga Saudara Hamidi diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kekuatan menghadapi tempoh mendatang,” katanya.

Awal hari ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan Setiausaha Politiknya Mohamad Hamidi Baharuddin meletakkan jawatan berkuat kuasa 17 Ogos lalu atas faktor masalah kesihatan.

Beliau menerima surat peletakan jawatan yang dihantar Ketua UMNO Cawangan Pekan Lenggong itu pada 10 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here