Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki melanggar seekor lembu di Lebuhraya Senai Desaru menghala Desaru di Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar seekor lembu di Lebuhraya Senai Desaru menghala Desaru di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Tinggi II Nazaruddin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 3.10 pagi.

Susulan itu katanya, seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender FRT dan sebuah jentera Compack Fire Rescue Tender (CFRT) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 14 kilometer.

Selepas melanggar lembu kereta terbabit merempuh pula pembahagi jalan ok

“Kemalangan melibatkan dua mangsa yang masing-masing berusia 37 tahun. Kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria dinaiki mereka melanggar lembu sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Kejadian tersebut mengakibatkan pemandu tersepit. Mangsa yang tersepit dibawa keluar menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua mangsa dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sekitar 4.30 pagi.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here