Penceramah kontroversi mengenai alam Melayu, Dr Solehah Yaacob, akan mencabar penamatan perkhidmatannya oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Mahkamah Perusahaan.
Memetik FMT, bekas pensyarah itu mendakwa pusat pengajian antarabangsa tersebut bersikap tidak profesional dalam mengambil keputusan menamatkan perkhidmatannya.















