Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur enam premis hiburan di sekitar Parlimen Kepong, Seputeh dan Bukit Bintang dalam operasi khas pada Sabtu lalu.
Operasi itu menyasarkan premis yang dikendalikan warga asing, peniaga yang gagal mematuhi syarat lesen petempatan makanan serta premis yang beroperasi tanpa lesen sah bagi menjalankan aktiviti hiburan.















