KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) cuaca panas, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan, sebanyak 11 kawasan di Semenanjung berada pada tahap berkenaan iaitu Larut dan Matang, Kuala Kangsar, Kampar serta Batang Padang di Perak; Kuala Krai di Kelantan; Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan di Pahang serta Hulu Selangor dan Gombak di Selangor.

Di Sabah pula, lima kawasan masing-masing Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran turut berada pada Tahap 1.
Sementara itu, Marudi menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak yang direkodkan berada pada tahap berkenaan.

MetMalaysia menjelaskan Tahap Berjaga-jaga merujuk kepada keadaan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai di kawasan terbabit dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan cuaca panas yang berterusan. – MalaysiaGazette
















