Foto: AFP

KATHMANDU – Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal berkata sehingga 6 petang waktu tempatan pada Ahad, sebanyak 781 mayat  ditemukan  di kawasan yang terjejas akibat  gelongsoran lumpur manakala 2,502 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Sementara itu, Lembaga Pelancongan Nepal berkata seramai 591 warga asing masih belum dapat dihubungi sehingga waktu yang sama.

Dalam satu kenyataan, lembaga itu menjelaskan bahawa 289 warga asing diselamatkan dan lima lagi kini berjaya dihubungi, termasuk tiga warga Sepanyol, seorang warga Amerika Syarikat dan seorang rakyat Belgium. – BERNAMA-XINHUA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here