Gambar ihsan IPD Temerloh

KUANTAN – Tragedi meragut empat nyawa di Kilometer (KM) 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Lanchang, Temerloh makam tadi dipercayai berpunca akibat lori simen hilang kawalan lalu melanggar beberapa buah kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di atas jalan.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian membabitkan 11 buah kenderaan yang dalam perjalanan ke arah Timur.

“Akibat perlanggaran ini, pemandu kereta jenis Honda CRV iaitu lelaki Cina berumur 18 tahun mengalami cedera parah manakala penumpang iaitu bapanya, Seow Beng Wain, 55 meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta jenis Proton S70 iaitu Muhammad Nazatul Nazmi, 32 serta dua orang penumpang iaitu isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32 dan anak lelakinya berusia 4 tahun turut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu lori tangki simen tersebut turut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh.

Selain itu, Azry Akmar berkata, pemandu dan penumpang lapan buah kenderaan lain yang terlibat iaitu sebuah bas ekspress, sebuah Toyota Hilux, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard dan lima kereta lain tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke HosHAS, Temerloh bagi rawatan dan post mortem akan dijalankan pagi ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi.

Awal pagi tadi, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Jelasnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam, kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan kecemasan sebelum dibantu tujuh anggota dari BBP Temerloh dan enam anggota BBP Karak. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

4 maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here