Foto FB Seniman.

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 8.11 pagi ini pada usia 63 tahun.

Allahyarham dilaporkan rebah selepas selesai mengadakan persembahan dalam sebuah acara di Kuala Lumpur pada malam tadi dan dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan doktor mendapati arwah mengalami pendarahan di kepala selain komplikasi berkaitan jantung.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan SENIMAN, persatuan itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa serta sumbangan Allahyarham kepada industri muzik dan seni tanah air.

Allahyarham juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) SENIMAN Malaysia.

Kepimpinan tertinggi dan barisan Exco SENIMAN turut menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham, Zarinah Zainal dan keluarga serta turut berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Sementara itu, pemergian Joey merupakan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air, khususnya peminat muzik rock era 1980-an dan 1990-an yang membesar dengan lagu-lagu popular dendangan Bumiputra Rockers.

Antara lagu popular Allahyarham Joey ialah Seribu Tahun Takkan Mungkin, Harum Subur Di Hati dan Dari Sinar Mata.

Allahyarham dikenali menerusi suara unik dan persembahan bertenaga yang menjadikan BPR antara kumpulan rock yang mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik tempatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here