Muhammad Kamil Abdul Munim

KUALA LUMPUR – Tindakan kementerian berbelanja melebihi peruntukan yang ditetapkan adalah tidak wajar.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan tindakan sedemikian boleh menjejaskan kedudukan kewangan negara.

“Macam mana nak cukup kalau belanja lebih daripada peruntukan yang telah ditetapkan. Besar pasak daripada tiang. Jahanam negara macam ini,” kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Beliau turut memuat naik kenyataan Kementerian Kewangan berhubung penjelasan mengenai peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican dalam kenyataan itu berkata, sejak beberapa tahun lepas, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan untuk projek jalan luar bandar.

Johan berkata pada 2023, perbelanjaan sebenar KKDW berjumlah RM1.8 bilion berbanding RM1.1 bilion peruntukan yang diluluskan manakala perbelanjaan sebenar pada 2024 ialah RM2 bilion berbanding RM1.3 bilion peruntukan yang diluluskan.

Beliau berkata pada 2025, perbelanjaan sebenar kementerian itu ialah RM2.3 bilion berbanding RM1.6 bilion peruntukan yang diluluskan dan bagi 2026 pula, peruntukan yang diluluskan berjumlah RM2.1 bilion manakala perbelanjaan sebenar setakat Jun lepas mencecah RM1.9 bilion.

Katanya bagi menangani isu itu, Kementerian Kewangan bekerjasama dengan KKDW termasuk mengatur semula peruntukan kementerian berkenaan berdasarkan keutamaan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here