Tunku Nashrul Abaidah

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Fadzmel Fadzil digesa menyemak semula fakta berhubung isu peruntukan dan pembayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah yakin kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung perkara itu tidak dibuat secara semborono.

“Elok saudara Fadzmel semak semula fakta. Saya yakin kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan tidak dibuat secara semborono.

“Saya kenal Tan Sri KSP sebagai penjawat awam kanan yang teliti dan cekap. Dalam urusan kewangan negara, sudah tentu beliau lebih arif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, Kementerian Kewangan tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telahpun dibelanjakan hampir sepenuhnya.

May be an image of text

“KKDW telah membuat komitmen serta membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, Fadzmel menafikan kenyataan Johan yang mengatakan kementerian tersebut berbelanja melebihi peruntukan.

Tegasnya, Tatacara Kewangan Kerajaan tidak sesekali membenarkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang telah diluluskan, sekali gus menghalang kementerian daripada membuat perbelanjaan sewenang-wenangnya.

Tambah beliau, sekiranya berlaku perbelanjaan yang tidak teratur atau melebihi peruntukan, perkara tersebut tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan kerana sistem kewangan Kerajaan tidak membenarkan sesuatu projek atau program dibelanjakan tanpa butiran dan peruntukan yang telah diluluskan. – MalaysiaGazette

Kenyataan KSP tak tepat, KKDW nafi belanja melebihi peruntukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here