kredit: Malaysian Hockey Confederation

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja lelaki negara terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Piala Asia Remaja 2026 di tempat keempat selepas tewas 2-4 kepada Pakistan dalam aksi penentuan pingat gangsa di Moqi, China, hari ini.

Malaysia yang memburu penamat podium bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi gol padang Adam Ashraf Johari pada minit ke-11.

Shafiq Ammar Fahmi Suzaini kemudiannya menggandakan kedudukan dua minit menerusi pukulan sudut penalti pada minit untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.

Bagaimanapun, Pakistan bangkit merapatkan jurang menerusi gol padang Rana Abdul Sami pada minit ke-34 sebelum pemain itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-47 untuk kedudukan 2-2.

Kebangkitan Pakistan kemudian diteruskan menerusi gol pukulan sudut penalti Muhammad Shaheer pada minit ke-52 untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Waleed Rana kemudian melengkapkan kemenangan Pakistan menerusi jaringan pukulan penalti pada minit ke-56 sekali gus mengesahkan kemenangan 4-2 dan pingat gangsa buat pasukan itu.

Perlawanan final antara India menentang Korea Selatan akan berlangsung malam ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here