Jerebu tebal menyelubungi kawasan kampus Samarahan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak sehingga menjejaskan jarak penglihatan dan suasana persekitaran. foto Facebook Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak.

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 218, setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Melaka turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti Samarahan (188), Bintulu (170), Sri Aman (168) dan Samalaju (163).

Sibu dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 158, manakala Mukah (151), Bukit Rambai di Melaka (118) dan Miri (114).

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here