SERI KEMBANGAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di kediaman Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di The Mines Residence, hari ini.
Ahmad Zahid hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Dr. Siti Hasmah.
Beliau tiba di kediaman berkenaan pada jam 2.05 petang dan disambut oleh ahli keluarga Allahyarham.
Turut menziarah ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Fahmi tiba di kediaman Allahyarham tidak lama selepas itu dan turut meluangkan masa bersama ahli keluarga.
Jenazah Allahyarham Dr. Siti Hasmah dibawa ke kediamannya dekat The Mines Residence sebaik sahaja dibawa keluar dari Institut Jantung Negara dan dijadual dibawa ke Masjid As-Syarif, Sungai Besi untuk urusan solat jenazah selepas solat Asar.
Allahyarham Dr. Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi. – MalaysiaGazette
















