KUALA LUMPUR – Hati penyanyi dan pelakon Bella Astillah diruntun pilu apabila melihat rakaman foto memaparkan keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pengebumian isterinya iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Menerusi satu hantaran di Instastory mililknya, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, menyifatkannya momen itu terlalu merobek hatinya.
“This breaks my heart (Ini benar-benar meruntun hati saya).
“Allahuakbar,” tulisnya yang berkongsi sekeping foto memaparkan Tun Dr Mahathir berada di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya petang tadi.
Sebelum ini, Bella dan tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membatalkan sidang media berkaitan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Keputusan itu dibuat susulan pemergian Tun Dr Siti Hasmah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Justeru, mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perancangan yang telah diatur bagi memberi ruang kepada Syed Saddiq untuk bersama keluarga menghadiri urusan pengebumian Allahyarham. – MalaysiaGazette

















