Seorang bekas Penjaga Pintu Air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Imran Jeon, 60, sanggup mengorbankan sambutan Aidilfitri demi memastikan penduduk sekitar Jasin terhindar daripada banjir.
Sepanjang 37 tahun berkhidmat, Imran pernah lebih 10 kali menyambut hari raya bersama isteri dan tiga anaknya di pintu air kerana perlu mengawal paras air ketika hujan lebat.
Pengorbanannya mendapat penghargaan kerajaan negeri apabila diraikan dalam majlis persaraan pada 24 September lalu, selain pernah dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat (PBM) pada 2025.















