Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), yang sebelum ini disiasat berkaitan penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, individu itu akan dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa SPRM telah mendapat izin untuk mendakwa bekas CEO berkenaan.

Pada 25 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata individu itu akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata seorang lagi individu, yang juga bekas pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang dijangka didaftarkan di mahkamah pada Rabu ini.

Siasatan KLVC adalah sebahagian daripada tujuh kertas siasatan membabitkan FELDA dan FIC, iaitu enam kertas siasatan baharu serta satu siasatan lama.

Siasatan berkenaan memberi tumpuan terhadap pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here