KUALA LUMPUR – “Banyak betul pusing punya Ah Loke”.
Demikian sindiran Eric See-To terhadap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke susulan pendirian terbaharunya berhubung hasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Menerusi hantaran di Facebook, pemerhati politik itu mendakwa pendirian Anthony mengenai peletakan jawatan itu berubah daripada pengumuman awal untuk berundur kepada peletakan jawatan dan terbaharu ada.
“Mula-mula umum nak letak jawatan. Lepas itu kata tunggu balik dari China, baru serah surat. Sekarang dah jadi peletakan jawatan bersyarat pula,” katanya.
Menurut Eric, dengan kenyataan terbaharu Anthony itu bermakna selagi urusan tahanan rumah Najib belum selesai, pemimpin DAP itu masih kekal sebagai menteri.
“Selagi kerajaan tak muktamadkan SOP tahanan rumah dan selagi tabung Najib tak kutip sampai RM50 juta maka Ah Loke (Anthony) tak letak jawatan,” dakwanya.
Jadi kata Eric, kalau mahu Anthony letak jawatan, orang ramai perlu meneruskan usaha menderma kepada Tabung Najib.
Pada 21 September lalu, Anthony memaklumkan beliau menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan pengumuman pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Anthony bagaimanapun dilaporkan berkata, surat peletakan jawatan akan diserahkan selepas beliau pulang dari China. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
Najib pulang rumah baru peletakan jawatan saya berkuat kuasa – Anthony
















