Muhammad Danial Asraf Azizan.

BENTONG – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang anggota tentera berusia 21 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Asisten Komisioner Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Danial Asraf Azizan,  kira-kira jam 2.51 petang semalam.

Menurutnya, laporan dibuat oleh ibu mangsa, 41, selepas anaknya gagal dihubungi sehingga laporan polis dibuat.

“Mangsa merupakan anggota Kompeni Charlie, Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong, Pahang.

“Lokasi terakhir mangsa juga adalah di Kompeni Charlie, Batalion 25 RAMD, Bentong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Muhammad Danial Asraf mempunyai ketinggian kira-kira 162 sentimeter, berambut pendek hitam, bermata hitam, berbentuk muka panjang dan berkulit sawo matang.

“Mangsa tidak memakai kaca mata, manakala pakaian terakhirnya tidak dapat dipastikan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999,” katanya.

Zaiham turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis di bawah pentadbiran IPD Bentong bagi membantu usaha mengesan mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here