Bomba selamatkan 37 murid dan tujuh guru yang terperangkap dalam banjir kilat di Tadika & Taska Umiku Sayang, Jalan Muhd Amin di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Bomba menyelamatkan 37 murid dan tujuh guru yang terperangkap dalam banjir kilat di Tadika & Taska Umiku Sayang, Jalan Muhd Amin di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Nakish Nekmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.53 petang.

Anggota bomba memindahkan 37 murid tadika terperangkap dalam banjir kilat petang tadi.

Susulan itu seramai 10 anggota dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 10 kilometer.

“Pasukan bomba tiba pukul 4.14 petang dan bertindak menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan sebuah bot sukarela bagi memindahkan kesemua mangsa ke Surau Medan Selera Tepian.

Anggota bomba menyelamatkan seorang bayi yang terperangkap dalam banjir kilat susulan air naik dengan mendadak.

“Kesemua mangsa berjaya dipindahkan dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Hujan lebat pada sebelah petang ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya di landa banjir kilat.

Tambahnya, operasi masih berterusan sehingga kini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here