Streram
Calon PH, Dr. S. Streram (kiri) berbual mesra dengan seorang pengundi Cina ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 05 APRIL 2019.

SEREMBAN – Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau sudah memasuki hari keenam.

Bagaimanapun Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S. Streram belum memberi sebarang petanda mengenai pelancaran manifesto beliau.

Beliau berkata, manifesto sedang dirangka oleh jentera khas Pakatran Harapan peringkat negeri dan pusat.

“Manifesto.. tunggulah..saya tahu sudah mahu tujuh hari dan faham apa kita mahu buat. Mungkin esok atau hari seterusnya.

“Biar saya semak nanti,” kata beliau ketika ditemui selepas perjumpaan dengan ahli Persatuan Man Nam Kong Soh di Jalan Besar Rantau petang tadi.

Katanya, persatuan itu merupakan pihak yang menguruskan perkuburan kaum Tiong Hua di Rantau yang menjalankan upacara sembahyang setahun sekali di tapak perkuburan untuk nenek moyang.

Menurutnya, sambutan mereka sangat luar biasa dan tidak pernah dirasai daripapa mana-mana NGO di Rantau sebelum ini.

Ditanya perkara pokok yang akan menjadi fokus beliau dalam manifesto itu, pakar bius itu berkata, keutamaannya adalah isu tempatan seperti masalah banjir, perumahan, kesihatan dan pengangkutan.

“Kesemua isu pokok ini akan dimasukkan dalam manifesto untuk diedarkan kepada pengundi dan penduduk tempatan nanti,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast