The Japan Meteorological Agency (JMA) upgraded Friday's quake to a 6.7 magnitude and warned that tsunami waves of up to one metre (three feet) could hit the northern Pacific coastline.

JAKARTA – Enam orang terbunuh dan puluhan lagi cedera akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda wilayah timur Maluku di Indonesia pada Khamis.

Gempa itu mencetuskan panik, memaksa penduduk melarikan diri dan mencari perlindungan, kata setiausaha agensi pengurusan bencana kebangsaan di Ambon, Eva Tuhumuri ketika dihubungi agensi berita Xinhua.

Gegaran turut mengakibatkan bangunan rosak termasuk bangunan universiti serta jambatan selain mencetuskan kejadian tanah runtuh.

Gempa berlaku pada 6.46 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak 40 kilometer timur laut Ambon pada kedalaman 10 kilometer. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast