KUALA LUMPUR – Tiga bas warga Bangladesh beratur beli petrol di Sabak Bernam!

Itu cerita satu video tular di sebuah stesen minyak di Parit 13, Sungai Panjang.

Warga Bangladesh yang membeli petrol itu bukan datang bukan sedikit bilangannya malah sampai tiga buah bas.

Malah beberapa netizen mendakwa fenomena itu sudah beberapa kali berlaku sehingga ‘menakutkan’ penduduk tempatan.

Sekali datang mereka menaiki beberapa buah bas dan setiap seorang daripadanya membeli petrol yang diisi ke dalam tong plastik.

Biasanya kejadian berlaku pukul 5 petang ke atas, menurut netizen.

Adakah ia ada kaitan dengan sindiket pembelian petrol dan mengambil kesempatan daripada harga subsidi?

Ada juga netizen mendakwa ia mungkin para pekerja sawah padi dan mereka mengambil petrol untuk kegunaan jentera pertanian.

Apa pun, ia masih menimbulkan tanda tanya kepada penduduk dan mereka mahu siasatan dilakukan segera kepada warga Bangladesh dan pemilik syarikat petrol berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast