Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika hadir pada Program Luncheon Talk di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan mengesahkan sekumpulan atlet negara yang sedang berlatih di China mula pulang ke tanah air selepas penyebaran wabak koronavirus yang semakin serius di negara berkenaan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ketika cuma ratu terjun, Cheong Jun Hoong masih berada di sana untuk memuktamadkam peraturan dan piawaian kembali ke Malaysia.

“Ada beberapa kumpulan sudah kembali pulang ke Malaysia dan dengan Jun Hoong kita akan bincang dan telah dimaklumkan.

“Kerajaan Malaysia telah ambil ketetapan untuk bantu jika ada atlet ingin kembali pulang dan akan bantu secepat mungkin.

“Tapi bagi kes Jun Hoong kita sedang memuktamadkan. Arahan panggil pulang sudah dikeluarkan cuma ada melibatkan proses akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Luncheon Talk sempena Program Malaysia Future Leaders School Tier 3 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan atlet negara yang sedang berlatih di China ketika sama ada akan dipanggil pulang ke tanah air.

Ditanya mengenai penahanan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini akan menjejaskan persiapan sukan itu ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Syed Saddiq yakin ia tidak memberi apa-apa kesan ke atlet kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast