Pemain-pemain Manchester meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menamatkan perlawanan dalam kempen baharu Liga Perdana Inggeris di Wembley awal pagi tadi.

LONDON –  Tidak adil jika Liverpool dimahkotakan kejuaraan EPL (Liga Perdana Inggeris) sekiranya liga tersebut dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19, kata legenda bola sepak England, Alan Shearer.

Bekas penyerang Newscastle itu berpendapat, membatalkan saingan EPL pada musim ini merupakan jalan penyelesaian terakhir yang akan dilakukan.

“Semua faktor perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan. Terlalu banyak cadangan dan pandangan yang disuarakan tetapi kita masih belum membuat kata putus.

“Sesuatu keputusan yang mengejutkan ramai pihak sekiranya saingan liga dibatalkan dan semestinya tiada pemenang dan tiada yang tewas.

“Saya berpendapat sangat tidak adil untuk memberikan Liverpool kejuaraan liga walaupun secara logiknya tiada pasukan lain yang mampu mengejar kutipan mata mereka,” katanya memetik laporan Metro.Uk.

Sehingga kini semua perlawanan bola sepak di England ditangguh sehingga 4 April ini disebabkan beberapa pemain dan staf kejurulatihan telah disahkan positif wabak koronavirus.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp hanya memerlukan dua kemenangan lagi sebelum disahkan sebagai juara mutlak musim ini.

Namun Klopp dalam kenyataannya berkata, peminat bola sepak tidak perlu terlalu taksub akan bola sepak tetapi perlu memikirkan kesihatan diri terlebih dahulu.

Sehingga kini, pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi yang berusia 17 tahun dan jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, 37 telah disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani proses isolasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast