MILAN – Inter Milan dilaporkan tidak berminat untuk menandatangani Alexis Sanchez secara tetap dengan penyerang itu dijangka kembali ke Manchester United.

Pengendalinya, Antonio Conte membuat keputusan untuk memulangkan pemain antarabangsa Chile itu ke Old Trafford biarpun mempunyai pilihan untuk membelinya akhir musim ini.

Sanchez dipinjamkan ke kelab Serie A itu sehingga akhir musim ini tetapi dia gagal menyerlah bersama Inter.

Sepanjang berada di Milan, pemain berusia 31 tahun itu bukan sahaja bergelut dengan kecederaan malah kini bukan pilihan utama Nerrazurri lagi.

Sekiranya kembali bersama United, kelab Liga Perdana Inggeris itu terpaksa membayar gaji pemain itu sebanyak 400,000 pound (RM2.14 juta) seminggu.

Red Devils sebelum ini berharap dapat menjual bekas bintang Arsenal itu namun kecewa kerana perlu menambah sejumlah wang lagi jika ingin menjadikan Sanchez pemain tetap di San Siro. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast