Mayat lelaki yang ditemui terbaring di hadapan kedai serbaneka di bangsar hari ini. Foto ihsan PDRM.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bangsar hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat lelaki itu pukul 9 pagi tadi.

Katanya, pengesahan kematian lelaki itu dibuat oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang turut dipanggil ke lokasi mayat di temui.

“Pihak polis IPD Brickfields telah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan lanjut mangsa adalah seorang lelaki bangsa tidak pasti dan tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam lagi, anggota unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPK Kuala Lumpur turut dihantar bagi membantu siasatan dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Ujarnya, mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Tambah beliau, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03 2297 9222 atau mana-mana balai Polis berdekatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast