Donald Trump menaiki Marine One untuk kembali ke White House. fioto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump telah meninggalkan hospital selepas tiga hari menerima rawatan Covid-19.

Trump berikrar untuk meneruskan kempen pilihan raya.

Trump telah terbang ke White House dengan menaiki helikopter Marine One.

”Rasa sungguh baik!.

“Jangan takut dengan Covid. Jangan biarkan ia menguasai hidup anda,” kata Trump menerusi Twitter.

Lebih daripada 7.4 juta kes Covid-19 telah direkodkan di AS.

Virus ini telah membunuh hampir 210,000 penduduk AS.

Namun masih wujud persoalan tentang tahap kesihatan Trump setelah kenyataan bertentangan pada hujung minggu.

Skala sebenar penularan wabak di White House masih belum jelas.

”Terima kasih banyak-banyak semua,” kata Trump sambil mengenepikan soalan-soalan dari media.

Malah. Trump juga menjawab soalan media yang bertanya: “Adakah anda penyebar utama, Encik Presiden?”. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast