KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan dua lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah.

Individu pertama, Noor Bashar Hairul, 26, memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354 -13C00811 dengan alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak.

Seorang lagi, Abu Talab Nur Muhammad, 25, yang memegang kad UNHCR bernombor 354 -15C07305.

Individu ini mempunyai alamat terakhir yang sama dengan Noor Bashar.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Gray Lee Yadon di talian 019-8408395 / 05-5267000 atau emel kepada [email protected]

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast