Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud beramah mesra dengan sebahagian wakil agensi pelancongan selepas Sesi Engagement Jabatan Imigresen Malaysia bersama Agensi Pelancongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2022.

SEPANG – Kemudahan sistem pagar automatik atau autogate di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal diperluaskan penggunaannya kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang pada bulan depan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, langkah itu diambil bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan kemasukan warga asing di negara ini.

“Dalam masa terdekat ini kita akan membuka penggunaan sistem autogate kepada warga asing yang masuk ke negara ini. Selama ini, kaunter autogate hanya boleh digunakan oleh warga Malaysia sahaja sehingga sekarang.

“Jabatan Imigresen kini sedang membuat sedikit kajian dan beri kami sedikit masa untuk membuat persiapan itu,” katanya dalam sidang media di KLIA, di sini, hari ini.

Menurut beliau, penggunaan kemudahan itu bergantung kepada jenis pasport yang mempunyai cip dan mengikut standard penetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast