Landasan Lapangan Terbang Standsted, pesawat membek selepas United Kingdom dilanda musim sejuk, foto Twitter

LONDON – Semua penerbangan telah digantung di Lapangan Terbang Stansted selepas ia terpaksa menutup landasannya kerana cuaca buruk.

Heathrow dan Gatwick juga membatalkan atau menangguhkan penerbangan selepas salji, ais dan kabus beku melanda United Kingdom.

Amaran cuaca kuning masih dikekalkan di Scotland, London dan barat daya England sehingga pagi Isnin, dengan gangguan akan berterusan.

Perkhidmatan kereta api juga telah ditangguhkan dan pemandu diberi amaran supaya berhati-hati selepas beberapa kemalangan lebuh raya berlaku.

Stansted berkata, satu-satunya landasannya terpaksa ditutup untuk membolehkan pelepasan salji disebabkan keadaan cuaca dan semua penerbangan digantung.

“Kelewatan penerbangan dialami lebih awal kerana penyahcairan ais pesawat yang merupakan tanggungjawab pengendali darat. Keselamatan pesawat dan penumpang adalah yang terpenting,” menurut jurucakapnya.

Sehubungan semua penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing berhubung status semasa penerbangan.

Lebih 50 penerbangan dibatalkan di Heathrow pada Ahad, akibat kabus beku mengakibatkan sekatan kawalan trafik udara ke atas bilangan pesawat yang boleh mendarat dan berlepas setiap jam.

Lapangan terbang itu berkata, ia akan memastikan penumpang selamat dan cuba membawa mereka ke destinasi mereka secepat mungkin.

British Airways, syarikat penerbangan terbesar Heathrow pula meminta maaf kepada pelanggan dan bersedia membayar balik tambang.

Pelanggan juga boleh menempah semula dan menawarkan minuman dan baucar hotel jika diperlukan.

Heathrow, katanya, akan menyekat penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang sekali lagi pada hari Isnin, bermakna lebih banyak gangguan dijangka berlaku. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast