Petugas kesihatan memimpin seorang pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengumumkan pemberian elaun kerja lebih masa kepada petugas yang terlibat dalam Projek Rintis bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian elaun tersebut merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Elaun tambahan diberikan sebab sekarang ini tidak termasuk bagi yang bertugas di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan.

“Kerajaan setuju elaun bertugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang oncall dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan kepada enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis mengurangkan kesesakan hospital kerajaan

“Saya telah arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan mengkaji agar kemudahan dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast