admin
Rahmat Tuhan di sebalik angka kematian akibat Covid-19
Ayat tersebut dengan tegas memberi ingatan sesuatu natijah buruk yang dialami oleh manusia pada hakikatnya berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab manusia itu sendiri seperti melakukan dosa atau maksiat dan terlibat dalam sesuatu
kezaliman. Sikap tidak bertanggungjawab ini berpunca daripada kegagalan mengawal dan menguasai nafsu amarah, gopoh, tidak berhati-hati dan membuat sesuatu tindakan secara sambil lewa sehingga menghalang kesejahteraan dan kebaikan yang sepatutnya dimiliki oleh manusia.
Kesan pandemik Covid-19 ke atas pekerja dan majikan
Ketegasan KSM dalam memastikan pekerja tidak diberhentikan dan dibayar gaji penuh sepanjang PKP menimbulkan kegelisahan dalam kalangan majikan yang melihatnya sebagai tidak adil. Keluhan para majikan ternyata diberi perhatian oleh pihak Kerajaan apabila mengumumkan peningkatan subsidi upah daripada RM600 kepada RM1,200 bagi setiap pekerja. Kerajaan juga menggalakkan rundingan antara majikan dengan pekerja.
Meraikan Ramadan pada musim Covid-19
Pendeknya, menyiapkan minda, emosi, psikologi dan perisai rohani bagi menghadapi satu musim safari kerohanian.
Covid-19: Dari lensa kelompok kabur FACS
Usaha ini bagi meningkatkan tahap kesedaran mereka untuk terus kekal duduk di rumah, kurangkan pergerakan dan kekalkan penjarakan sosial. Jika tidak, penularan pandemik ini umpama api dalam sekam yang membakar secara senyap dengan
bahaya yang terselindung dan tidak terduga.
Transformasi Pendidikan dalam krisis pandemik Covid-19
Selesai satu jam pembelajaran, data yang beliau telah gunakan adalah sebanyak 1GB. Pukul 11 sehingga pukul 12 tengah hari beliau menggunakan data yang dibeli sendiri. Kali ini beliau perlu membuang beberapa aplikasi dalam telefon pintar kerana pensyarah B mahu menggunakan aplikasi pembelajaran synchronous B. Maklumlah, telefon pintarnya sudah penuh dengan gambar WhatsApp dan dokumen-dokumen untuk lima lagi kelas yang akan dilalui dalam minggu tersebut.
Pelajari pemulihan alam sekitar semasa Covid-19
Kajian daripada Dettol dan Lysol dan Haris Interactive pada 6 Mac 2020 mendapati rakyat Malaysia menduduki tempat pertama sebagai yang paling ramai mengubah sikap ke arah nilai positif dalam aspek penjagaan diri selepas penularan Covid-19 di seluruh dunia. Manakala tahap kebimbangan adalah 86%.
Masanya untuk tamatkan Covid-19
Maka antara prasyarat utama jika kita mahu menamatkan penularan wabak ialah, pertama seluruh rakyat Malaysia wajib mematuhi arahan PKP ini. Hal ini
sangat penting kerana individu yang ditahan kerana ingkar PKP masih ramai dan ini tidak sepatutnya berlaku.
PKP: Bina hubungan akrab antara guru, ibu bapa
i-Guru menyarankan agar pihak sekolah atau PIBG mengenalpasti keluarga yang memerlukan bantuan dan berusaha membantu apa yang termampu terutama dalam memastikan kehidupan mereka tidak terjejas dan soal kelangsungan pendidikan mereka dapat diteruskan.
Universiti menangani cabaran Covid-19
Dalam langkah awal, universiti telah mengenal pasti perkhidmatan keutamaan yang perlu diteruskan. Dengan mengambilkira langkah berjaga-jaga, perkhidmatan perubatan dan kesihatan, keselamatan kampus, bekalan makanan serta kebajikan warga universiti terutama pelajar telah diberi keutamaan.
Keimanan bersama Ramadan
Sesungguhnya puasa merupakan perisai yang menghalang kita terjerumus ke dalam api neraka dan menahan diri mengikut hawa nafsu. Di syurga nanti akan ada satu pintu yang dinamakan pintu Ar-Rayan yang tidak akan dimasuki daripadanya kecuali orang-orang yang berpuasa. Puasa merupakan kafarah dan pengampunan dosa serta mulut orang yang berpuasa di sisi Allah Subhanahu wa-ta’ala lebih wangi daripada bau kasturi.