Thursday, September 24, 2026
Home Penulis Artikel Oleh admin

admin

7707 Artikel 0 Komen

Mr Solo pecah rekod sendiri daki tangga Menara KL 21 kali

KUALA LUMPUR - Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi mendaki tangga Menara Kuala Lumpur...

JURUGAMBAR PECAH THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Wakil The Malaysia Book of Records (MBOR), Nurasyikin Ramli (dua kiri) menyampaikan sijil MBOR kepada Pendaki Solo, Mohd Noor Mat Amin (kanan), turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Meor Shahril Anuar Rathuan (kiri), Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong (tengah) dan Pengasas Kopi Belalang, Datuk Seri Dr Rozaini Hassan (dua kanan) selepas berjaya mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali tanpa henti selama 24jam pada Program Misi Kopi Pak Belalang KL Tower Staircase Climbing 2016. foto MALAYSIA GAZETTE, 24 DISEMBER 2016.

Dua gelaran tambah `selera’ Ahmad Hazwan

Dua gelaran yang dimenangi pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 malam tadi, menambah selera penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri untuk memburu lebih banyak kejayaan.

Sambutan Ulangtahun ke-20 Rapid KL LRT

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani memperkatakan sesuatu kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia, Dato Azmi Abdul Aziz (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail and Infrastructure Project Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman (kiri) pada Majlis Perasmian Sambutan Ulangtahun ke-20, Rapid KL LRT Laluan Ampang di Stesen LRT Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 22 DISEMBER 2016.

Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB dan ASN 2016

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad (kanan) menunjukkan pengagihan pendapatan ASB dan ASN pada sidang media di Menara PNB, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 DISEMBER 2016

Syiling Peringatan FELCRA 50 Tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menujukkan syiling Peringatan FELCRA 50 Tahun turut serta Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kiri), Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi (kanan), Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Zulkarnain Md Eusope (kiri) pada Majlis Sambutan 50 Tahun FELCRA Berhad di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 20 DISEMBER 2016

Setem ‘Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016’

Pembantu Komunikasi Pos Malaysia, Nurshafiqa Mat Kasim menunjukkan koleksi setem 'Kegemilangan Emas di Paralimpik RIO 2016' yang mempamerkan imej 3 altet Paralimpik Negara, Ziyad Zolkefli, Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly yang telah menyumbangkan pingat emas dalam temasya sukan Paralimpik Rio 2016 di Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 20 DISEMBER 2016

Setem ‘Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016’

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh (kanan) menunjukkan koleksi setem 'Kegemilangan Emas di Paralimpik RIO 2016' yang mempamerkan imej 3 altet Paralimpik Negara, Ziyad Zolkefli (dua kiri), Ridzuan Puzi (tiga kiri) dan Abdul Latif Romly (dua kanan) yang telah menyumbangkan pingat emas dalam temasya sukan Paralimpik Rio 2016 di Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 20 DISEMBER 2016

Pelancaran Buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melihat Buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018 turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga kiri) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (dua kanan), Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa (kiri), Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha (kanan) dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (dua kiri) di Seri Perdana, Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 19 DISEMBER 2016.

MoU Amanah Raya & Kenedix Inc

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani (tengah) bersama Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa (tiga kiri) dan Pengerusi Amanah Raya Berhad, Tan Sri Sabbaruddin Chik (tiga kanan) menyaksikan pertukaran dokuman perjanjian persefahaman (MoU) mengenai usahasama strategik Amanah Raya yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Adenan Md Yusof (dua kiri) dengan Kenedix Inc. yang diwakili oleh Presiden Kenedix Asia Pte Ltd, Mr Akihiro Nakao (dua kanan) di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 DISEMBER 2016