Mohd Adzlan Mat Sidek
Tahanan Lokap Polis Turut Dinilai di CAC #Covid19
Antara tahanan lokap polis memakai gelang kuning selepas selesai melakukan penilaian kesihatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Sukan MPK, Taman Sri Andalas, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2021.
Reaksi Wanita Berusia 101 Tahun Lengkap Dua Dos Vaksin
Reaksi seorang warga emas, Khoo Swee, 101 selepas menerima suntikan vaksin dos kedua ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 27 JULAI 2021.
Gunting Rambut Sendiri di Rumah #DailyLife
Penduduk, Azizol Marsalin, 38 terpaksa menggunting rambut anaknya Muhd Akram Azizol, 13 menggunakan gunting siang ikan ekoran kedai dandanan rambut masih tidak beroperasi pada fasa 1 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Klang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 26 JULAI 2021.
PDRM Serbu dan Tahan Individu Sertai Parti Liar di Kondominium #PKP
Antara 10 individu termasuk lima wanita tempatan yang menyewa bilik di sebuah residensi mewah di ibu negara diserbu dan ditahan pihak polis selepas terlibat dalam parti liar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.
Suasana Malam Taman Hock Ann Dikepung Dengan Kawat Duri #PKPD
Suasana malam di sekitar Taman Hock Ann yang dipasang kawat duri selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.
PDRM Pantau Pergerakan Konvoi Bendera Hitam di Ibu Kota
Anggota polis membuat kawalan ketat di setiap jalan utama bandaraya bagi mengawal mengenai isu mengibarkan bendera hitam sambil berkonvoi menggunakan kereta tentang bantahan tidak berpuasa hati terhadap kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2021.
Teknologi Robot UVD Bantu Disinfeksi dan Pembersihan #Covid19
Robot UVD merupakan teknologi terbaru yang memastikan tahap pembersihan dan pembasmian kuman secara berkesan dan merupakan robot mudah alih yang menggunakan sepenuhnya cahaya UV-C mematikan 99% semua jenis bakteria termasuk virus Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Sime Darby Plantation, Ara Damansara, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2021.
LENSA MG | Air Mata Keluarga Iringi Pengebumian 10 Jenazah Pesakit...
Petugas Kesihatan meletakkan tanda nama di setiap kubur 10 jenazah pesakit Covid-19 yang telah dikebumikan sekali gus ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2021.
Redzuan Md Yusof Tinjau PPV di Dewan Seri Seroja Putrajaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Redzuan Md Yusof beramah mesra bersama orang ramai yang hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin ketika melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Seroja, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2021.
Suasana Hari Pertama Pembukaan PPV di SASMEC @IIUM Kuantan
Antara warga emas yang hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin pada hari pertama pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC @IIUM), Kuantan. Foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2021.