Mohd Adzlan Mat Sidek
SPRM Banteras Sindiket Curi Bekalan Elektrik Menerusi Perlombongan Bitcoin
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki melihat barang melombong bitcoin selepas sidang media mengenai kejayaan menbanteras kecurian elektrik daripada aktiviti perlombongan bitcoin dalam satu operasi 'Ops Power' ketika di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 MAC 2022.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki melihat barang mesin melombong bitcoin selepas sidang media mengenai kejayaan menbanteras kecurian elektrik daripada aktiviti perlombongan bitcoin dalam satu operasi 'Ops Power' ketika di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 MAC 2022.
Himpunan Aman Anti Peperangan “Unite for Ukraine” #StopPutinStopWar
Antara penyokong yang hadir membuat solidariti bagi menghentikan perang berikutan krisis di antara negara Rusia dan Ukraine pada Himpunan Aman Anti Peperangan 'Unite For Ukraine' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2022.
Mahdzir Khalid Hadir Pelepasan Pelajar Tajaan MARA Ke Luar Negara
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra bersama antara 99 orang pelajar tajaan MARA akan melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di Jerman selepas Program Pra Pelepasan Pelajar Tajaan MARA ke Luar Negara 'Know Before You Go' ketika di German - Malaysia Institut (GMI), Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2022.
JSJN Bukit Aman Rampas Dadah Bernilai Lebih RM10 Juta “Op Tapis...
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan rampasan dadah jenis syabu dalam satu 'Op Tapis Khas Siri 2' ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2022.
Ikan Duyung ‘Bring Little Mermaid to Life’ Curi Tumpuan di Aquaria
Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu sempena cuti sekolah dengan melihat pertunjukan ikan duyung 'Bring Little Mermaid to Life' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 FEBRUARI 2022.
Doa Keluarga Buat Pesakit Covid-19
Ahli keluarga menziarahi kubur ibunya yang meninggal akibat penyakit berjangkit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2022.
Hujan Lebat di Lembah Klang #DailyLife
Penunggang motosikal meredah hujan lebat berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di kawasan Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Klang. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2022.
Solidariti Untuk Rakyat Ukraine di Kedutaan Rusia
Antara warga Ukraine yang menetap di Malaysia membuat solidariti untuk menghentikan perang berikutan krisis di antara negara itu dengan Rusia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 FEBRUARI 2022.
Khairy Jamaluddin Rasmi dan Lawat Kompleks MRI Hospital Sungai Buloh
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan) bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah membuat gimik perasmian Kompleks Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan Pusat Kawalan Kusta Negara ketika di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 FEBRUARI 2022.
Annuar Musa Rasmi RTM Rakan Penyiar Bola Sepak Liga Malaysia 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa membuat gimik pelancaran dengan menandatangani bola pada majlis pelancaran RTM selaku Rakan Penyiar Unifi untuk Bola Sepak Liga Malaysia 2022 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 23 FEBRUARI 2022.

















