Mohd Adzlan Mat Sidek
Laporan SPRM Terhadap Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali #SRCInternational
Presiden Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz bercakap kepada media selepas buat laporan terhadap hakim Nazlan Ghazali yang didakwa menerima sogokan 1MDB dalam transaksi Tanjung Energy Group dan mendapat imbuhan kenaikan pangkat setelah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2022.
Jabatan Mineral dan Geosains Pantau Kawasan Tanah Runtuh
Ahli Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang menjalankan kajian kepadatan tanah di lokasi tanah runtuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Bukit Permai 2, Ampang. Foto MOHD ADZLAN, 12 MAC 2022.
Addy Kanna Didakwa di Mahkamah Shah Alam
Ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Datuk Addy Kana hadir ke mahkamah bagi tuduhan membabitkan kes pengubahan wang haram yang disiasat dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2022.
Penghuni Taman Dato’ Harun “Rumah Dilanda Banjir”
Penduduk membersihkan kediaman mereka selepas kawasan tersebut dilanda banjir berikutan hujan lebat berpanjangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.. Foto MOHD ADZLAN, 07 MAC 2022.
Banjir Kilat Kuala Lumpur
Orang awam meredah banjir di sekitar jalan Brickfields berikutan hujan lebat yang berpanjangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 MAC 2022.
Perbarisan Persaraan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad melakukan upacara pemeriksaan barisan anggota TUDM kali terakhir pada majlis Perbarisan Persaraan Panglima Tentera Udara ke-19 di Pangkalan Udara Subang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 07 MAC 2022.
LENSA MG | Gelagat dan Reaksi Wajah Kanak-Kanak Berkhatan
Gelagat wajah kanak-kanak semasa menjalani proses berkhatan pada Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Pejabat Tanah Daerah Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 MAC 2022.
Vaksin Sinovac Lulus Untuk Kanak-Kanak #PICKids
Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) lima hingga 12 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 MAC 2022.
Keadaan Ban Pecah di Taman Sri Muda
Keadaan ban di Pintu Kunci Air Taman Sri Muda Seksyen 25 yang telah dibaiki selepas dilaporkan berlaku kejadian ban pecah yang menyebabkan air melimpah malam tadi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 03 MAC 2022.
Keadaan Pokok Tumbang Akibat Ribut di Puchong
Anggota Polis mengawal laluan yang sesak berikutan dua pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Wawasan, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2022.

















