Monday, May 12, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Pengebumian Mayat Covid-19, Bagai Tiada ‘Office Hours’ Untuk Petugas Kesihatan

Petugas Kesihatan mengusung mayat pesakit Covid-19 untuk dikebumikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bliss Gardens, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2021.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Tinjau Pematuhan SOP PKP Penuh Operasi...

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib memantau pematuhan SOP orang awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa pertama bagi operasi pengangkutan awam ketika di Stesen Komuter, Seksyen 19, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2021.

Pendapatan Pengusaha Bot Terjejas Akibat PKP Penuh

Pengusaha bot sewa, Ismail Ali, 51 memeriksa sebahagian daripada 20 buah botnya yang tidak beroperasi ekoran aktiviti sosial dan ekonomi dihentikan sementara berikutan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama selama 14 hari sehingga 14 Jun 2021 sehingga menyebabkan pendapatannya terjejas ketika lensa Malaysia Gazette di Jeti Pasir Penambang, Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2021.

Kerja Keras Pesawah Dalam Tempoh Sekatan Pergerakan Penuh

Pekerja ladang membersihkan sawah padi menggunakan traktor pembajak sawah selepas aktiviti menuai selesai sebelum proses penanaman semula dimulakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Burung, Tanjung Karang. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2021.

Aktiviti Harian Warga Rohingya di Pasar Borong KL #PKP

Suasana pagi padat dengan warga Rohingya yang meniaga dan membeli barang keperluan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2021.

Suasana Pusat Bandar Shah Alam Tanpa Kenderaan

Suasana jalan raya yang kebiasaannya sesak menjadi lengang berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 penutupan penuh bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2021.

‘Drive-Thru’ Pemberian Vaksin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM

Kakitangan hospital UKM melakukan suntikan vaksin secara pandu lalu dilaksanakan Hospital Pengajar Universiti (HPU) dibawah Kementerian Pangajian Tinggi selepas sidang media pengambil alihan sementara Hospital Pengajar Universiti (HPU) menjadi hospital COVID-19 di Hospital Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bandar Tun Abdul Razak. Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2021.

Suasana Hari Pertama PKP Penuh di Terminal Bersepadu Selatan

Orang awam yang ingin pulang ke kampung selepas mendapat kebenaran merentas negeri dari balai polis berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2021.

Peniaga, Penduduk Tanjung Karang Siap Sedia Hadapi ‘Total Lockdown’

Penduduk, Ahmad Husni Diman, 67 meluangkan masa dengan melakukan aktiviti menangkap ikan sungai menjelang perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 yang bermula esok pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2021.

Kedai Gunting Rambut Diserbu Menjelang Pelaksanaan PKP Penuh

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menggunting rambut pada saat akhir berikutan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di SHS Barber Shop, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2021.