Mohd Adzlan Mat Sidek
Muhyiddin di Majlis Resepsi Tahun Baru Cina GERAKAN
Pengerusi Pakatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Dr Dominic Lau Hoe Chai bergambar selepas mengaul 'Yee Sang' semasa hadir ke majlis Resepsi Tahun Baharu Cina GERAKAN di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2022.
Sekatan Jalan Raya Tahan Pemandu Mabuk #OpSelamat17
Anggota polis melakukan ujian pengesanan alkohol dalam darah terhadap seorang pemandu dengan menggunakan alat penguji nafas menerusi Op Mabuk yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sempena Op Selamat ke-17 Tahun Baharu Cina di Jalan Utara, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 JANUARI 2022.
Ketua Polis Selangor Tinjau SJR Op Selamat 17
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed (kanan) dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat (dua kanan) memeriksa motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan pada Op Bersepadu sempena Op Selamat 17 Tahun Baharu Cina 2022 di Tapak Tol Roboh Sg. Rasau, Lebuhraya Persekutuan. Foto MOHD ADZLAN, 31 JANUARI 2022.
Scott O’Donell Bersama Skuad Harimau Malaya B-23
Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell memberi penerangan kepada pemain Skuad Bawah-23 Tahun Kebangsaan sewaktu menjalani hari pertama kem latihan di Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 26 JANUARI 2022.
Perdana Menteri di Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-40
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat Pemeriksaan Perbarisan Pasukan Kawalan Kehormat ketika Sambutan Hari Kastam Sedunia ke 40 tahun di Kompleks Kastam, Kelana Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 26 JANUARI 2022.
Mustapa Mohamed Lancar Buku dan Logo Baharu ‘UKM-Graduate School of Business’
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman menunjukkan buku yang telah dilancarkan pada Majlis Pelancaran Buku dan Logo Baharu UKM-GSB di Hotel Double Tree, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 25 JANUARI 2022.
Timbalan Ketua Polis Negara Lancar Op Selamat Tahun Baru Cina
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid membuat gimik pelancaran Op Selamat Sempena Tahun Baru Cina di Perhentian Rehat dan Rawat Diri (R&R), Restoran Jejantas Sungai Buloh (arah Utara), Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 24 JANUARI 2022.
Laman Serene Mercu Tanda Johor Bahru #DailyLife
Orang awam beriadah diwaktu petang berlatar belakangkan mercu tanda Mahkota Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Foto MOHD ADZLAN, 23 JANUARI 2022.
Speaker DUN Johor Serah Warta Pemasyhuran Pembubaran DUN Johor
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat (kiri) menyerahkan warta pemasyhuran pembubaran DUN Johor bagi melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kepada Pengarah Pilihan Raya Johor, Nor Nekman Jaimon di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JANUARI 2022.
KIMMA Setia Bersama UMNO dan BN
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader bergambar sambil memegang plakad selepas hadir ke program retreat Kimma dan Gerak Gempur Jentera di Pejabat UMNO Negeri, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JANUARI 2022.

















