Mohd Adzlan Mat Sidek
KualaLumpur2022 – Lengkap Berpakaian Sut #DailyLife
Gaya segak orang awam memakai pakaian sut lengkap semasa berjalan di hari minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 FEBRUARI 2022.
Selamatkan Madrasatul Aula Dari Diroboh
Penduduk bergambar sambil memegang memorandum mengenai cadangan pemecahan geran tanah untuk menyelamatkan Madrasatul Aula daripada dirobohkan susulan perancangan pembangunan semula Perumahan Awam Flat Sri Labuan dalam masa terdekat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 FEBRUARI 2022.
Syed Saddiq Lancar Parti MUDA
Pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu bergambar selepas gimik perasmian pada hari pelancaran Parti MUDA di Nexus Bangsar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 FEBRUARI 2022.
Premis Perniagaan Simpan Alat Pengimbas Suhu
Pekerja menyimpan alat pemeriksaan suhu badan berikutan Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2022.
Ronald Kiandee di Dialog Industri Agromakanan MAFI
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melawat tapak pameran selepas Program Dialog Industri Agromakanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2022.
Hamzah Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah bilangan 1 tahun 2022 ketika di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2022.
Aksi-Aksi Penutup Pelumba #MotoGP #WinterTest
Pelumba pasukan Red Bull KTM Factory, Brad Binder beraksi Ujian Pra Musim MotoGP hari kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 FEBRUARI 2022.
Aksi Pelumba Hari Kedua Ujian Pra Musim #MotoGP
Pelumba pasukan Red Bull KTM Factory Racing, Miguel oliveira beraksi pada Ujian Pra Musim MotoGP pada hari kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 FEBRUARI 2022.
LENSA MG | Aksi Pelumba Hari Pertama Ujian Pra Musim #MotoGP
Pelumba pasukan LCR, Alex Marquez membuat aksi bersahaja selepas selesai Ujian Pra Musim MotoGP hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 FEBRUARI 2022.
Lalitha Kunaratman Selesai Beri Keterangan di Bukit Aman
Bekas penyelidik di Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam keluar selepas memberi keterangan mengenai dua artikelnya berkaitan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 FEBRUARI 2022.

















