Mohd Adzlan Mat Sidek
PKPB – Sukan Ekstrem Paintball
Mudtrekker Paintball Park, Shah Alam kembali beroperasi untuk pengemar sukan lasak paintball setelah aktiviti sukan dan rekreasi individu serta berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan atau perlawanan kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Foto MOHD ADZLAN, 07 MAC 2021.
Suasana ‘Tenang’ Tanjung Harapan Dalam Tempoh PKP
Tanjung Harapan merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk memancing dan beriadah bersama keluarga pada hari minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Port Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2021.
LENSA MG | Penyakit Jarang Jumpa ‘BAYI’ 21 TAHUN
Akibat lewat mendapat rawatan, Prevendran, 21 menghidap penyakit Penilketonurik atau dikenali Phenylketonuria (PKU) merupakan penyakit jarang jumpa mempunyai kecacatan mental dan intelektual yang kekal seumur hidup di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2021.
Anggota Bomba Ops Sanitasi Awam di MSU
Anggota Bomba selepas selesai melakukan operasi sanitasi bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Management and Science Universiti (MSU), Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2021.
Suasana Orang Ramai Mula Terima Bantuan Prihatin Rakyat
Polis Bantuan memberi penerangan kepada orang ramai yang ingin membuat tuntutan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 kepada 8.45 juta penerima yang diberikan secara berperingkat mulai 24 Februari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bank Simpanan Nasional (BSN) Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 FEBRUARI 2021.
Bekas Eksekutif Inventori Mengaku Bersalah Gagal Lapor dan Terima Sogokan
Seorang bekas eksekutif inventori sebuah syarikat logistik, T. Vadivelan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 FEBRUARI 2021.
Bapa Didakwa Rogol Anak Kandung, Rakan Mangsa Dihadap ke Mahkamah
Seorang lelaki berusia 42 tahun dibawa oleh pegawai polis ke Mahkamah Sesyen atas 67 pertuduhan kes merogol anak kandungnya dan rakan mangsa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 24 FEBRUARI 2021.
Keunikan Etnik Hokkien – Hari Kesembilan Tahun Baru Cina
Masyarakat Cina meraikan Hari Kesembilan Tahun Baru Cina dengan meriah yang dianggap sebagai 'tahun baru' suku kaum Hokkien dengan menyembah Maharaja Jed ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Aman Perdana, Meru, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 FEBRUARI 2021.
Pekerja Buruh Selepas Waktu Bekerja di Kuala Lumpur
Pekerja asing yang pulang setelah selesai melakukan kerja-kerja pembinaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 FEBRUARI 2021.