Mohd Adzlan Mat Sidek
Suasana Tenang Persekitaran Sawah Dalam Tempoh #PKPB
Antara aktiviti penduduk sekitar yang sibuk melakukan kerja-kerja di sawah padi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 MAC 2021.
NAFAS Hulur Sumbangan Kepada Anak-Anak Peladang Program Jom ke Sekolah
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Abd Rahman Bakri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail bergambar beramai-ramai bersama pelajar yang mendapat bantuan selepas Program Jom Ke Sekolah anjuran NAFAS di Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 MAC 2021.
Abang Polis, Bomba Terima Suntikan Vaksin Covid-19
Anggota bomba menerima suntikan vaksin COVID-19 khas kepada petugas barisan hadapan di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2021.
Orang Ramai Serbu Harga Rendah Emas di Musim PKPB
Orang ramai tidak melepas peluang untuk membeli emas pada harga yang rendah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Emas Anuar, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2021.
Operasi JSPT Selangor Babitkan Penunggang Motosikal di Shah Alam
Anggota Polis dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor berjaya menemui dadah pada seorang penunggang motosikal ketika operasi motosikal di sekitar laluan Lebuhraya Persekutuan. Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2021.
Kicauan Burung di Pelabuhan Klang
Sekumpulan burung berterbangan semasa matahari terbenam berlatar belakangkan Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan terbesar dan tersibuk di Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2021.
Zuraida, Art Harun Hadir Pelancaran Majlis Pemimpin Wanita Politik Malaysia
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin (tiga kiri) membuat gimik pelancaran Council Of Malaysian Women Political Leaders (COMWEL) sambil diperhatikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun (tiga kanan) di Hotel Wyndham Acmar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2021.
Anwar Ibrahim Lancar “Community Alert” Sempena Hari Wanita Sedunia 2021
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh (kanan) selepas melancarkan kempen “Community Alert” sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2021.
PKPB – Sukan Ekstrem Paintball
Mudtrekker Paintball Park, Shah Alam kembali beroperasi untuk pengemar sukan lasak paintball setelah aktiviti sukan dan rekreasi individu serta berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan atau perlawanan kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Foto MOHD ADZLAN, 07 MAC 2021.
Suasana ‘Tenang’ Tanjung Harapan Dalam Tempoh PKP
Tanjung Harapan merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk memancing dan beriadah bersama keluarga pada hari minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Port Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2021.

















